"Aktifkan MyKAD? Hati-hati dengan sindiket money game Affliate Junction, Jangan Gelap Mata!"

2 comments
Siapa tak gelap mata tengok duit banyak macam ni
Nampaknya masih ada lagi yang masih belum faham mengenai AJ walaupun byk yang sudah tau mengenai AJ dalam page ni. Admin dapat banyak PM bertanyakan soalan yang sama kenapa , bagaimana AJ ini dilihat sebagai scam. So, mari sini kita belajar ABC mengenai AJ .

Apa itu AJ ?
- Nama penuh AJ adalah affiliate junction dibawah naungan syarikat yang berdaftar I-synergy International (M) Sdn. Bhd. Tujuan utama AJ ataupun dikatakan core bisnes AJ adalah peneraju affiliate marketing secara offline dan online , dimana AJ membantu 3 pihak

1.) Pemegang mykad
2.) Pekedai
3.) Pemegang lesen

Tugas mudah shj , pemegang lesen kononnya membantu pemegang mykad berebelanja secara bijak dengan merefer mereka ke kedai yang berdaftar dengan IS dimana apabila mereka membeli belah dengan menggunakan mykad mereka akan mendapat cash rebet dan cash point yang boleh redeem barang.

kedua , pemegang lesen juga membantu pekedai mendapatkan pelanggan dengan cara merefer kedai tersebut utk berdaftar dalam program mssp di mana pekedai tersebut akan dipromote oleh pemegang lesen tersebut sendiri , melalui aplication android percuma (MSSP) , dalam buku mssp dan juga di dalam website www.mykad.aj.my , dengan cara ini mereka akan jimat banyak kos pengiklanan kerana mereka hanya perlu bayar pelangan yang di refer oleh pemegang lesen . Kos yang perlu dikeluarkan adalah untuk mendapatkan terminal mykad reader , internet setiap bulan serta top up cash rebet dalam terminal tersebut.

Sebagai , ganjaran mereka akan mendapat 1% daripada perbelanjaan mykad yang diaktifkan secara percuma seumur hidup serta 1% daripada keuntungan kedai tersebut seumur hidup.

Aplikasi ini disokong oleh JPN , sila lihat website JPN dan disenaraikan dalam kegunaan mykad ke 50 oleh MDEC. Walau bagaimana pun , core bisnes AJ ini hanya sebagai wayang dimana pendapatan utama syarikat yang sebenarnya pejualan lesen dan bukannya mengaktifkan mykad seperti yang diwar-warkan.

Dan pihak JPN serta MDEC tidak pernah mewartakan menyokong penjualan lesen seperti yang dilakukan sekarang ini , apa yang di nyatakan adalah :

"Sokongan rasmi yang diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Multimedia Development Corporation (MDeC) adalah untuk mengiktiraf serta menggalakkan inisiatif dan promosi dalam penggunaan kad pintar di kalangan sektor komersial swasta"

https://www.facebook.com/saynotoaj/photos/a.1652832191653811.1073741832.1651670831769947/1652853554985008/?type=3&theater

Apa sebeneranya lesen yang ditawarkan dalam AJ ?
Sila lihat :https://www.facebook.com/notes/saynotoaj/lesen-yang-ditawarkan-dalam-aj/1655694141367616

Berhati-hati , kerana apabila anda sudah bermula dalam AJ , walaupun hanya mengisi borang pendaftaran anda akan difollow up secara berterusan perlahan-lahan anda akan dibrainwash sehingga dalam kepala anda , anda akan lupa bahawa tujuan utama anda sebenarnya adalah mengaktifkan mykad , tetapi lama-kelamaan anda akan diclosing ke lesen yang lebih besar disebabkan anda akan diajar mengejar pangkat.

sila lihat module brainwash mereka :https://www.facebook.com/notes/saynotoaj/re-post-module-brainwash/1655694538034243

Sila baca agreement yang anda tandatangan kerana semua permasalahan pada masa akan datang akan dikembalikan kepada anda . Kerana agreement tersebut adalah diantara pemilik perniagaan dan pemilik perniagan.

Terdapat byk lagi module brainwash dan follow up yang lain dalam sistem AJ , seperti sistem pembelajaran SKS , preview setiap minggu , preview besar seperti ASKL , kem seperti AR yang akan menyentuh emosi anda supaya benar-benar bertekad ingin berjaya dalam AJ , LT dan HLT.

Dislaimer :
Admin sokong core bisnes aktifkan mykad dan membantu kedai dalam sistem affilite , tetapi admin x bersetuju dengan penjualan lesen sehingga loan membuta tuli sehingga RM22k da RM110K ++..

back to top